PT Sans | Reset
A A

BENGKEL PENYEDIAAN GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN AWAM MASYARAKAT ISLAM NEGERI PULAU PINANG

Baru-baru ini telah berlangsungnya Bengkel Penyediaan Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Kemudahan Awam Masyarakat Islam Negeri Pulau Pinang yang telah dianjurkan oleh Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Pulau Pinang. Bengkel yang berlangsung selama dua hari bertempat di Dewan Sri Pinang, Lebuh Light, Georgetown ini turut dihadiri oleh beberapa jabatan dan agensi kerajaan ·dari dalam dan luar Pulau Pinang antaranya JHEAIPP, JKR, MPPP serta JAKIM.

Sepanjang bengkel ini berlangsung, para peserta bengkel telah didedahkan dengan lebih terperinci berkaitan kemudahan awam masyarakat Islam khususnya di negeri Pulau Mutiara ini iaitu dari segi perancangan penyediaan masjid, surau dan tanah perkuburan Islam.

Antara pembentang-pembentang kertas kerja untuk bengkel yang julung kalinya dianjurkan oleh jabatan ini ialah salah seorang kakitangan MAINPP iaitu Pengurus Projek Bahagian Pembangunan Dan Pelaburan, Tuan Haji Anuar Bin Ahmad yang menyentuh tentang dilemma yang dihadapi berkaitan perancangan dan pembangunan masjid, surau dan tanah perkuburan Islam.