
















Designer
mainpp_pro.jpeg
1jun2026diraja.jpeg
WhatsAppImage2026-06-09at93557AM.jpeg
500juta.jpeg
ChatGPTImageMay15202604_26_53PM.png
WhatsAppImage2026-04-23at50837PM.jpeg
pelancarantabungwakaf.jpeg
290unitrumah.jpeg
pulau-pinang-negeri-selat.jpeg
whatsapp-image-2025-08-01-at-6.05.00-pm.jpeg
whatsapp-image-2025-09-30-at-2.10.35-pm-1.jpeg
whatsapp-image-2025-09-30-at-2.10.35-pm.jpeg
whatsapp-image-2025-05-28-at-10.36.01-am.jpeg
waktuofis2026.jpeg
e2e1.jpg
poster-qr-code.jpg
Yang Dipertua Majlis Agama
Islam Negeri Pulau Pinang
Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
Pengumuman
26 Mei 2026
Iklan Hebahan Tawaran Bidaan Sewaan Tapak - Lot 2903, Mukim 10, SPSTarikh tutup untuk menyertai tawaran adalah sehingga 30 Jun 2026, jam 12:00 tengah hari....
Pengumuman03 April 2026
Kursus Kemahiran Pengurusan Kewangan Masjid dan SurauAnjuran : Institut Latihan Islam Negeri Pulau Pinang...
Pengumuman03 April 2026
Kursus Dasar-Dasar Pendidikan TerkiniAnjuran : Institut Latihan Islam Pulau Pinang...
Pengumuman11 Mei 2026
Program Kenduri dan Majlis Pengisytiharan Warisan Negeri di Padang Kampung Mengkuang Titi yang dirasmikan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau PinangTuan Abu Mansur Maturidi bin Mohd Romli, Pengurus Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menghadiri Program Kenduri dan Majlis Pengisytiharan Warisan Negeri di Padang Kampung Mengkuang Titi yang dirasmikan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. Makam Sheikh Omar Basheer, Mufti pertama Pulau Pinang dan tokoh penting penyebaran Islam telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Akta 645 dan kini dalam proses penilaian untuk pewartaan di bawah...
Berita/Aktiviti 202621 April 2026
Yang Di-Pertuan Agong Kurnia Watikah Pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau PinangKDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 17 Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), hari ini (21 April). Istiadat Pengurniaan Watikah berlangsung di Dewan Seri Bendahara, Istana Negara. Antara penerima watikah pelantikan adalah Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid, Yang Dipertua MAINPP; Profesor Emeritus Dato’ Dr. Abd Aziz Tajuddin, Timbalan Yang Dipertua MAINPP, Datuk Seri Zulkifli Long, Setiausaha Kerajaan...
Berita/Aktiviti 202626 Mac 2026
Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 di Jabatan Audit Negara, PutrajayaPada 17 Mac 2026, Ketua Audit Negara, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 di Jabatan Audit Negara, Putrajaya. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh barisan kepimpinan MAINPP, wakil Jabatan Audit Negara serta pihak berkepentingan lain. Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memastikan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus kewangan...
Berita/Aktiviti 202625 Februari 2026
Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Surau Ar-Rijal, Taman Merbau JayaPada 26 Januari 2026, Tuan Abu Mansur Maturidi bin Mohd Romli, Pengurus Baitulmal MAINPP telah mewakili Yang Dipertua MAINPP dalam Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Surau Ar-Rijal, Taman Merbau Jaya daripada wakil pewakaf, Tuan Haji Jailani bin Jantan (Ketua Pegawai Operasi, Dar Al-Qari Resources). Projek pembinaan surau baharu ini telah ditaja dan dibina sepenuhnya oleh Yayasan RI (Yayasan Rizalman Ibrahim) dengan kos pembinaan keseluruhan menelan kos sebanyak RM1.2 juta daripada pewakaf,...
Berita/Aktiviti 202622 Januari 2026
Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Tahun 2026 anjuran Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP)Pada 21 Januari 2026, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan menyertai Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Tahun 2026 anjuran Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP). Sehubungan itu, satu Sesi Pembentangan dan Perbincangan Cadangan Tajuk Projek RKB telah diadakan pada hari ini bertempat di Malaysia Productivity Corporation (MPC), Bertam, bagi membincangkan hala tuju dan kesesuaian tajuk projek yang dicadangkan oleh jabatan/agensi yang...
Berita/Aktiviti 202624 Disember 2025
Kerjasama Erat MAINPP Bersama Jabatan Bantuan Guaman Malaysia, Jabatan Perdana MenteriPada 16 Disember 2025, Kerjasama Erat MAINPP Bersama Jabatan Bantuan Guaman Malaysia, Jabatan Perdana Menteri Terus Diperkukuh Usai mempengerusikan Mesyuarat MAINPP Bil 12 2025, saya dikunjungi Jabatan Bantuan Guaman Malaysia, Jabatan Perdana Menteri bagi memeterai Nota Kerjasama dan Tatacara Kendalian Piawaian Skim Bantuan Guaman antara Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Bantuan Guaman Malaysia. Usaha berterusan Jabatan Bantuan Guaman dalam menyediakan khidmat nasihat guaman,...
Berita/Aktiviti 202519 Disember 2025
Sesi Penyerahan Sijil Wakaf Kepada Puan Zainab binti Haji AhmadPada 12 Disember 2025, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah mengadakan satu sesi penyerahan sijil wakaf kepada Puan Zainab binti Haji Ahmad sebagai pengiktirafan atas sumbangan beliau mewakafkan sebidang tanah seluas 0.6 ekar di Lot 751, Mukim 16, Seberang Perai Utara. Tanah tersebut diwakafkan untuk kegunaan perkuburan Masjid Jamek Nurul Hidayah Sungai Lokan. Tanah yang diwakafkan ini telah digunakan sejak sekian lama sebagai kawasan perkuburan berdasarkan kepada perwakafan...
Berita/Aktiviti 202519 Disember 2025
Bengkel Perancangan Sasaran Kerja Utama bagi Pelaksanaan MyPerformance Tahun 2026Bengkel Perancangan Sasaran Kerja Utama bagi Pelaksanaan MyPerformance Tahun 2026 telah berlangsung pada 5 Disember 2025 (Jumaat) hingga 6 Disember 2025 (Sabtu). Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, MAINPP, dengan tujuan memperkukuh kefahaman peserta terhadap penyediaan sasaran kerja serta memastikan perancangan strategik jabatan selaras dengan keperluan MyPerformance. Sepanjang dua hari penganjuran, sesi-sesi bengkel telah dikendalikan sepenuhnya oleh Encik...
Berita/Aktiviti 202511 November 2025
Pameran Bersempena Expo PERDA 2025 (EXPERT 2025)Bertempat di Midtown PERDA, Kubang Menerong, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, MAINPP bersama agensi-agensi lain membuka pameran bersempena Expo PERDA 2025 (EXPERT 2025) yang berlangsung selama empat hari bermula 16 Oktober sehingga 19 Oktober 2025....
Berita/Aktiviti 202511 November 2025
Sesi Penyerahan Hak Milik Dan Perbincangan Mengenai Pembinaan Masjid Kampung Petani, Bukit MertajamPada 7 November 2025, MAINPP telah menerima kunjungan daripada Peguam Encik Amirul Amin Bin Azlan yang mewakili pejabat peguam Faiz Fadzil & Co bagi penyerahan hak milik Lot 210, Mukim 5, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang yang telah selesai dibuat pindah milik ke atas nama MAINPP. Sesi penyerahan ini turut dipengerusikan oleh YBhg. Ust. Abu Mansur Maturidi bin Mohd. Romli, Pengurus Baitulmal MAINPP dan turut dihadiri oleh En. Shahril bin Shahrom, Ketua Unit Pentadbiran Tanah MAINPP...
Berita/Aktiviti 202511 November 2025
Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Tabung Wakaf Masjid Pulau Pinang (TWMPP)Pada 6 November 2025, Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Tabung Wakaf Masjid Pulau Pinang (TWMPP) telah diadakan bagi membincangkan gerak kerja dan strategi pelaksanaan kutipan TWMPP di peringkat daerah serta kariah. Pelaksanaan TWMPP dijadualkan bermula pada Januari 2026 dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEIPP), Wakaf MAINPP, serta Jawatankuasa Pentadbiran Masjid di peringkat daerah....
Berita/Aktiviti 202529 September 2025
Perarakan Maulidur Rasul Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025Pada 5 September 2025, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menyertai perarakan Maulidur Rasul sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 1447M/2025M. dengan tema "Membangun Ummah Madani". Kontinjen MAINPP diketuai oleh Encik Shahril bin Shahrom, Ketua Unit Pentadbiran Tanah dan turut bersama Tuan Abu Mansur Maturidi bin Mohd Romli, Pengurus Baitulmal MAINPP. Terdahulu, seawal jam 7.30 pagi, kontinjen MAINPP bersama-sama berkumpul di Kompleks Kastam...
Berita/Aktiviti 2025Kandungan sedang dikemaskini
Kandungan sedang dikemaskini






