PT Sans | Reset
A A

Unit Pengurusan dan Penyelenggaraan Premis

Menguruskan sewaan dan penyelenggaraan premis dan hartanah memerlukan satu pasukan yang mantap dan dinamik. Justeru Unit Pengurusan & Penyelenggaraan Premis bersama Wakaf Pulau Pinang Sdn. Bhd. (WPPSB) merupakan satu pasukan yang berfungsi untuk melaksanakan pengurusan aset agar berada di tahap yang terbaik.

Penjanaan hasil sewaan hartanah wakaf dan sumber am yang dilaksanakan dengan teratur menjamin kepada kecukupan sumber kewangan untuk perbelanjaan penyenggaraan hartanah MAINPP yang baik. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab pentadbiran ini untuk memastikan kutipan hasil sewaan dibuat dalam tempoh masa yang telah ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya tunggakan.

Perjanjian antara penyewa dengan MAINPP merupakan satu ikatan kontrak yang dimeterai dengan kerelaan kedua-dua pihak. Oleh itu, menjadi keperluan untuk memastikan tiada pelanggaran perjanjian yang memungkinkan tindakan dikenakan kepada penyewa.

Premis MAINPP sentiasa dipastikan berkeadaan baik dan sempurna. Oleh sebab itu, segala aduan kerosakan premis yang diterima, diambil tindakan dengan kadar segera.