Antara objektif Bahagian Kewangan dan Akaun MAINPP adalah:
- Mengurus kewangan MAINPP mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan.
- Menguruskan perolehan dan bayaran MAINPP mengikut prosedur yang ditetapkan.
- Merancang dan mengawal perolehan hasil MAINPP.
- Menguruskan harta modal dan inventori serta menyelenggara Daftar Harta Modal dan Inventori MAINPP.
- Menyelenggara dan mengawasi rekod-rekod kewangan
- Menguruskan Belanjawan MAINPP .
- Mengimplimentasi prosedur kewangan MAINPP serta pengubahsuaian polisi dan prosedur berkaitan kewangan MAINPP.
- Menguruskan perakaunan MAINPP mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan.
- Menyelenggara dan mengawasi rekod- rekod perakaunan MAINPP serta data dalam Sistem
- Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank
- Menyediakan Penyata Kewangan MAINPP dan anak Syarikat mengikut tarikh yang ditetapkan.
- Merancang pelaburan MAINPP dengan berkesan.
- Menyelenggara Laporan-Laporan Kewangan dan Akaun yang diperlukan dalam mesyuarat MAINPP.
- Mengimplimentasi prosedur perakaunan MAINPP serta pengubahsuaian polisi dan prosedur.