PT Sans | Reset
A A

MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS PENDIDIKAN MAAHAD AL- MASHOOR AL-ISLAMI BALIK PULAU OLEH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL- WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL – MARHUM SULTAN MAHMUD AL - MUKTAFI BILLAH SHAH.

Tanggal 22 Rejab 1432H bersamaan 24 Jun 2011 bertempat di Balik Pulau, telah berlangsungnya Majlis Perasmian Kompleks Pendidikan Maahad Al- Mashoor Al Islami yang telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut berangkat hadir ke majlis ini.

Majlis yang bermula jam 3.00 petang ini turut dihadiri oleh dif – dif kenamaan yang terdiri daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom (B), Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Tuan Hj Ellias Bin Haji Zakaria.

 Kira-kira 1,500 tetamu jemputan yang terdiri ketua jabatan – jabatan persekutuan dan negeri serta penduduk setempat turut hadir bagi memeriahkan majlis dan mengambil peluang untuk bertemu dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Seluruh warga kerja MAINPP merafak sembah dan menjunjung kasih atas keberangkatan hadir Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke majlis perasmian ini serta merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran majlis perasmian Maahad Al- Mashoor Al-Islami ini.