Mengambil keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dengan kerjasama Badan Kebajikan Rumah Warga Emas Darul Hanan Pulau Pinang telah menganjurkan program Majlis Berbuka Puasa Bersama T.Y.T Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Serta Majlis Penyerahan Hasil Wakaf Kepada Benefisiari.
Program ini dihadiri Dr. Roslan bin Ahmad, Timbalan Yang Dipertua MAINPP merangkap Pengerusi Badan Kebajikan Rumah Warga Emas Darul Hanan Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Haji Samsudin bin Bakar, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan YBhg. Sahibus Samahah Tuan Haji Yusoff bin Abu Bakar, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk menerima agihan hasil wakaf yang melibatkan beberapa kategori iaitu masjid, surau, waris pewakaf, institusi pendidikan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Pulau Pinang.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |