Majlis Iltizam Khaira Ummah 2030 (ILTIZAMKU 2030) kali ke-2 telah diadakan di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Butterworth. YB. Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin Abd. Rahman, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah hadir bagi menyempurnakan majlis. Beliau yang juga merupakan Penaung dan Pengasas Khaira Ummah 2030 turut menyampaikan ucapan pada program tersebut.
Selain dari MAINPP, agensi atau jabatan berkaitan agama Islam di Pulau Pinang turut terlibat antaranya Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) serta Jabatan Kehakiman Syariah negeri. Turut diselitkan Majlis Pelancaran Aplikasi MaiZakat yang mengandungi ciri-ciri lengkap berkaitan Zakat di Pulau Pinang. Dengan wujudnya aplikasi tersebut, dijangka dapat memberikan manfaat yang lebih kepada kira-kira 70,000 pembayar serta 53,000 penerima zakat sedia ada di Pulau Pinang ketika ini.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |