Pada 30 September 2022 bersamaan 4 Rabiulawal 1444H , Jumaat, telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Dan Pengisytiharan Solat Jumaat Pertama Masjid Al-Qahrar, Permatang Damar Laut. Majlis penyerahan tersebut telah diisempurnakan oleh YBhg Dato’ Ir Haji Ahmad Zakiyuddin bin Haji Abdul Rahman, Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan disaksikan Tuan Ir. Ahmad Nadzri bin Abdul Majid, Pengarah Kerja Raya Pulau Pinang.
Turut hadir bersama Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd. Noor,Mufti Negeri Pulau Pinang, YB. Dato' Haji Abdul Halim bin Haji Hussain ( EXCO) Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan serta YBhg. Dato’ Haji Samsudin bin Bakar, Setiausaha MAINPP. Sejumlah RM5.58 juta telah dibelanjakan untuk membina masjid ini yang mana agensi pelaksananya adalah oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Barat Daya.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |