PT Sans | Reset
A A

Majlis Penyerahan Projek Sekolah Agama Rakyat (SAR) Masjid Tuan Guru, Tanjong Tokong

Pada 7 Oktober 2022 bersamaan 10 Rabiulawal 1444H , Jumaat, telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Sekolah Agama Rakyat (SAR) Masjid Tuan Guru, Tanjong Tokong.
 
Majlis penyerahan tersebut telah disaksikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Haji Abdul Rahman, Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan YB. Zairil Khir Johari, ADUN Tanjung Bungah. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Tuan Ir. Ahmad Nadzri bin Abdul Majid, Pengarah Kerja Raya Pulau Pinang, wakil kontraktor projek Permai Pura Sdn. Bhd., wakil JHEAIPP, wakil Pejabat Agama Daerah Timur Laut dan Pengerusi SAR Masjid Tuan Guru.
 
Projek ini yang melibatkan pembinaan bangunan 2 tingkat yang mengandungi 10 bilik darjah, dewan terbuka, bilik mesyuarat dan bilik guru yang berjumlah keseluruhan RM2.93 juta dan telah siap sepenuhnya pada 7 Jun 2022.
 
309933475 475422624609618 7529538410633119259 n 310105501 475422544609626 940636714498287273 n
310335436 475422474609633 5704429748148111234 n 310501548 475422631276284 153434833820857659 n
311052866 475422514609629 7289759672998713673 n 310125384 475422507942963 8785218042564953530 n
310446778 475422694609611 1664558768989244426 n 311282542 475422551276292 2529494893437748425 n