16 MAC 2022 - Majlis Taklimat Pelaksanaan Sistem MasjidPro Peringkat Daerah SPU (Kepala Batas) telah diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah.
Majlis ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Samsudin bin Bakar, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Pegawai Tadbir Agama Daerah Seberang Perai Utara, Encik Abu Mansur Maturidi bin Mohd Romli dan pihak Syarikat Myrich Dynasty Networks Sdn. Bhd. Encik Mohamad Yusof Sultan Alavudin, Ketua Pegawai Komunikasi Myrich Dynasty Networks Sdn. Bhd. iaitu pembekal yang telah berjaya membangunkan Sistem MasjidPro.
Majlis ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YBhg. Dato’ Haji Samsudin bin Bakar, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan seterusnya sesi taklimat yang disampaikan oleh Encik Mohamad Yusof Sultan Alavudin, Ketua Pegawai Komunikasi Myrich Dynasty Networks Sdn. Bhd.
Berlangsung selama tiga jam, sesi ini dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Qaryah di seluruh Kepala Batas bagi menerangkan tujuan dan membincangkan kaedah mendigitalisasikan pengurusan dan pentadbiran masjid-masjid di Negeri Pulau Pinang.
MAINPP berharap agar sistem dan perisian yang digunakan dapat diseragamkan penggunaannya supaya dapat mewujudkan sistem pangkalan data yang dapat dimanfaatkan penggunaanya di seluruh pentadbiran dan pengurusan Qaryah di Pulau Pinang.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |