PT Sans | Reset
A A

Lawatan Kerja ke Majlis Agama Islam Negeri Kedah

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah berpeluang mengadakan lawatan kerja ke Majlis Agama Islam Negeri Kedah bagi bertukar idea dan pandangan berkaitan dengan sistem pengurusan maklumat hartanah yang sedia ada di Majlis Agama Islam Negeri Kedah.
 
Lawatan kerja ini diketuai oleh Haji Fakhruddin bin Abdul Rahman (Ketua Unit Pembangunan Hartanah Dan Harta Wakaf) yang turut disertai oleh Encik Abdul Azhar Bin Ibrahim (Penolong Setiausaha Kanan (GIS) Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan lima (5) kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
 
Di antara objektif program lawatan ini adalah seperti berikut:
i. Menjadikan penanda aras dalam pembangunan sistem maklumat data hartanah wakaf yang akan dibangunkan oleh MAINPP;
ii. Mengenal pasti kaedah pelaksanaan kemasukan data dibuat melalui sistem maklumat tanah MAIK;
iii. Mengenal pasti maklumat-maklumat baru yang boleh dimasukkan ke dalam sistem yang akan dibangunkan kelak; dan
iv. Bertukar-tukar idea dan pandangan berkaitan sistem maklumat data hartanah wakaf di Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK).
 
Pihak Majlis Agama Islam Negeri Kedah yang diketuai oleh Syeikh Fakhrurrazi Bin Yub (Ketua Bahagian Wakaf, MAINK) bersama-sama dengan Syeikh Ahmad Zaki Bin Ghazali (Ketua Bahagian Baitulmal) telah menerima kunjungan ini bersama-sama dengan kakitangan MAIK yang berkaitan telah berkongsi maklumat berkaitan dengan pembangunan sistem maklumat data hartanah di Majlis Agama Islam Negeri Kedah yang disampaikan oleh Puan Norhasmiza Binti Mt. Zain (Ketua Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi).
 
Hasil daripada lawatan ini juga telah memberi idea dan gambaran keseluruhan kepada pihak MAINPP untuk membangunkan dan menambah baik sistem pengurusan maklumat hartanah MAINPP bagi tanah wakaf dan baitulmal.
 
342475909 2469739829852635 2874603698433286518 n 341701587 608443324269734 1916159344202580823 n
341668367 650648430407183 1090828367609055961 n