PT Sans | Reset
A A

Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Penyerahan Watikah anjuran Masjid Jamek Perangin

YBhg. Dato’ Haji Rosidi bin Hussain, Setiausaha MAINPP telah hadir mewakili YB. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap YDP MAINPP ke Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Penyerahan Watikah anjuran Masjid Jamek Perangin. Majlis ini dihadiri ahli jawatankuasa masjid serta pegawai – pegawai dari Pejabat Agama Daerah Timur Laut.
 
Tuan Haji Aznan bin Abdul Mutaliff, Pengerusi Masjid Jamek Perangin memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan. Beliau dalam ucapannya mengatakan bahawa masjid ini merupakan salah satu bangunan bersejarah dan telah dibina sejak 1890 dan sehingga kini menjadi tumpuan warga penjawat awam terutamanya untuk menunaikan Solat Jumaat. YBhg. Dato’ Haji Rosidi bin Hussain, SU MAINPP kemudian dijemput untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan majlis tersebut.
 
407382058 738258714992673 7533028295751523950 n 407401781 738258654992679 7521243957905280821 n
406016598 738259124992632 8937555660295622630 n 406897399 738259064992638 1547793603577427272 n
405222724 738259134992631 7183364382539178142 n 405207415 738259081659303 4196101642734256788 n