Terima kasih kepada delegasi dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan(MAINS) kerana sudi memilih Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) untuk sesi lawatan kerja pada 21 Ogos 2024. Berlangsung selama dua jam lebih, lawatan dari delegasi MAINS ini diketuai oleh Dato’ Hj Norazmi bin Hj Musa, Timbalan Setiausaha, (Operasi), Tuan Hj Norazman bin Amat, Pengarah Jabatan Wakaf Dan Mal dan pegawai serta kakitangan lain.
Dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Dato’ Haji Rosidi bin Hussain, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan diteruskan dengan taklimat berkaitan latar belakang MAINPP. Sesi lawatan kerja ini turut menyentuh berkaitan pengurusan kutipan dan agihan zakat serta pembangunan projek-projek wakaf di negeri Pulau Pinang.
Turut hadir dalam sesi lawatan ini Tuan Abdul Mohsein bin Mohd Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf Pulau Pinang serta Encik Muhammad Asyraf bin Abdul Wahab, Pengurus Besar Jabatan Operasi Kutipan Zakat Pulau Pinang.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |