YB. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah hadir ke Majlis Jasamu Dikenang Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Hotel Jen, Georgetown.
Majlis yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) ini melibatkan 10 Agensi Islam Kerajaan Negeri Pulau Pinang temasuk Ahli Lembaga Pengarah agensi-agensi Islam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Majlis ini dianjurkan bagi meraikan dan menghargai jasa SS Dato’ Seri Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah menyumbangkan seluruh tenaga dan ilmu kepada kerajaan negeri.
Di samping itu, dengan penganjuran majlis seperti ini secara tidak langsung memberi peluang kepada semua agensi agama Islam kerajaan negeri untuk menyatakan terima kasih kepada SS Dato’ Seri Mufti serta menyampaikan cenderahati sebagai tanda dan kenangan atas jasa dan khidmat yang diberikan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |