PT Sans | Reset
A A

Majlis Penyerahan Cek Cura Sumbangan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara

Bertempat di Masjid Al-Hidayah Bayan Lepas, telah diadakan Majlis Penyerahan Cek Cura Sumbangan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara sebagai simbolik sumbangan sebanyak RM3,157,154.83 kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) untuk pembesaran Masjid Al-Hidayah Bayan Lepas. Penyerahan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Suhaimi bin Abdul Jalil, Pengerusi Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Sdn. Bhd. kepada Encik Shahril bin Shahrom, Ketua Unit Pentadbiran Tanah, MAINPP mewakili Setiausaha MAINPP dengan disaksikan oleh Yang Berhormat Dato' Azrul Mahathir bin Aziz, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang/ ADUN Bayan Lepas dan Tuan Haji Ahmad Murshid bin Haji Mansor Pengerusi Kariah Masjid Al-Hidayah Bayan Lepas.
 
Majlis yang bersejarah ini turut dihadiri oleh, Tuan Mohd Hafiz Aswad bin Nadzri, Pegawai Daerah Barat Daya, Tuan Ismail bin Tuan Abdullah, Pegawai Tadbir Agama Daerah Barat Daya, Tuan Fadzlee bin Daie, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Al-Hidayah Bayan Lepas di samping tetamu jemputan dan para jemaah yang hadir untuk menunaikan fardhu Jumaat.
 
472374622 993831702768705 4373723990934881574 n 472205109 993831796102029 7310705044234210363 n
472059309 993831732768702 8975178634871266362 n 472170886 993831709435371 7264304214722808189 n
 472272603 993831739435368 4308102734452037918 n