PT Sans | Reset
A A

Sanggar Kerja Siri 2 Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

Sanggar Kerja Siri 2 Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada 10 Januari 2024 hingga 13 Januari 2024 bertempat di Langkawi, Pulau Lagenda yang terkenal di utara tanah air. YB. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua MAINPP hadir untuk mempengerusikan majlis ini.
 
Program yang berlangsung selama tiga hari ini dianjurkan bertujuan memperkukuhkan kerjasama dan hubungan di antara Ahli MAINPP di samping menyusun semula dasar-dasar dan strategi MAINPP untuk tahun 2025. Antara yang hadir Ahli MAINPP, Ketua-Ketua Agensi Agama Islam serta pegawai dan kakitangan MAINPP dan agensi-agensi agama Islam.
 
473533049 1000088275476381 5907106726154229962 n 473125486 1000088195476389 6318941130333842008 n
473167277 1000088022143073 8734190149183943616 n 473589765 1000092938809248 8869616440180595802 n