ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN INDEKS AKAUNTABILITI TAHUN 2012
Jabatan Audit Negara baru - baru ini telah mengiktiraf dan memberi penarafan 4 Bintang kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dalam Pengauditan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2012. Y. Bhg. Dato' Haji Sazali Bin Haji Hussein, Setiausaha MAINPP telah hadir dan mewakili MAINPP untuk menerima anugerah tersebut yang diadakan di Hotel Riverside, Kuching, Sarawak.
Penarafan bintang ini adalah meliputi 9 aspek kawalan utama iaitu Kawalan Pengurusan, Kawalan Bajet, Kawalan Terimaan, Kawalan Perbelanjaan, Pengurusan Akaun Amanah/Kumpulan Wang Amanah Dan Deposit, Pengurusan Aset Dan Stor, Pengurusan Pelaburan, Pengurusan Pinjaman dan Pengesahan Penyata Kewangan.
Kejayaan 4 bintang ini adalah kali ketiga diterima MAINPP sejak tahun 2010. Semoga dengan pengiktirafan ini dapat meningkatkan produktiviti Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang di persada negara.