Sekalung tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Kamal Bin Said, Pegawai Tadbir Gred N41 Bahagian Sumber Am, Puan Siti Nurbaya Binti Osman, Penolong Akauntan Gred W27, Bahagian Akaun, dan Encik Shahrul Izham bin Mohd. Noor, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27, Darul Hidayah di atas penerimaan Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2013.
Majlis penganugerahan yang telah berlangsung pada 29 April 2014 di Hotel Gurney ini turut dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Dato’ Farizan Bin Darus.
Semoga penganugerahan ini dapat memberikan motivasi kepada semua Anggota MAINPP untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disampaikan.
![]() |
![]() |
![]() |
Tuan Haji Kamal bin Said Pegawai Tadbir (N41) |
Pn. Siti Nurbaya binti Osman Penolong Akauntan (W27) |
Encik Shahrul Izham bin Mohd. Noor |