PT Sans | Reset
A A

BENGKEL SEMAKAN AMALAN TERBAIK PENGURUSAN KEWANGAN MAINPP TAHUN 2003

 

Seramai 20 orang pegawai dan kakitangan MAINPP termasuk dua orang warga kerja Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah berkampung selama dua hari di Hotel Heritage, Cameron Highlands bagi menyertai Bengkel Semakan Amalan Terbaik Pengurusan Kewangan MAINPP.

Bengkel ini diadakan ekoran daripada teguran Jabatan Audit Negara berhubung Amalan Terbaik Pengurusan Kewangan MAINPP yang didapati tidak selaras dengan pekeliling-pekeliling berkaitan kewangan yang terkini.

Sesi bengkel dilaksanakan secara perbincangan dalam kumpulan dengan pembahagian kumpulan dan topik-topik mengikut bahagian iaitu Kewangan, Akaun, Wakaf, Sumber Am dan Zakat. Setiap kumpulan telah membentangkan hasil bagi memperolehi  pandangan daripada semua peserta.

Hasil semakan dan pindaan Amalan Terbaik Pengurusan Kewangan MAINPP ini akan dibentangkan untuk perakuan mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan, Kewangan Dan Belanjawan MAINPP dan seterusnya kelulusan Mesyuarat MAINPP untuk digunapakai bagi hal berkaitan kewangan. 

fb1 fb2
fb3 fb4
fb5 fb6
fb7 fb8

KUNJUNG HORMAT DAN LAWATAN RASMI AHLI MAINPP KE MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP) DAN JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

Pada 9 hingga 10 Jun 2014 yang lalu telah diadakan satu kunjungan hormat dan lawatan rasmi ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kunjungan hormat ini diketuai oleh Yang Dipertua MAINPP, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Salleh Bin Man dan turut disertai oleh Y.B Dato’ Abdul Malik Bin Abul Kassim, Ahli MAINPP merangkap Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna. Y.B Dato’ Farizan Bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Y.B Puan Aleza Binti Sulaiman, Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang, Ahli-ahli MAINPP serta pegawai dan kakitangan MAINPP.

Program kunjung hormat ini dimulakan dengan pertemuan dan sesi perbincangan bersama Mejar Jeneral Y.B. Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi di MAIWP. Seterusnya diadakan sesi taklimat berkaitan MAIWP yang disampaikan oleh Ketua Pengawai Eksekutif MAIWP, Yang Berbahagia Datuk Haji Zainal Abidin Bin Jaafar. Sesi taklimat yang berjalan selama lebih kurang dua jam ini turut menyentuh tentang pembangunan, sektor organisasi dan perjawatan di MAIWP dan MAINPP.

Pada hari kedua, delegasi dari MAINPP meneruskan sesi lawatan rasmi ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan disambut oleh Pegawai Perhubungan Awam JAKIM, Encik Khairul Haffiz Bin Abdul Halim. Sesi lawatan dimulakan dengan perbincangan dua hala bersama Timbalan Ketua Pengarah Jakim (Pembangunan Insan), Dato' Haji Razali bin Shahabudin dan turut ditayangkan video korporat JAKIM berhubung latar belakang, peranan dan sumbangan JAKIM terhadap pembangunan masyarakat Islam di Malaysia.

Diharapkan dengan hasil kunjungan hormat dan lawatan rasmi ini dapat memperkukuhkan lagi jalinan hubungan di antara MAINPP dengan MAIWP serta JAKIM dalam meninggikan syiar Islam.

 1jakim 2 
 4  6
 15  7
 10  11
13 15
16  

 

LAWATAN KERJA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU (MAIDAM) KE MAINPP

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) baru- baru ini telah dikunjungi oleh delegasi daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).  Rombongan seramai 5 orang ini diketuai oleh Tuan Haji Mohd Noor Bin Mohamad, Pengarah Jabatan Baitulmal, Encik Mohd Jalil Bin Ngah, Penolong Kanan Pengarah Pengurusan Harta, Encik Hilman Bin Hajijan, Penolong Kanan Pengarah Pembangunan Teknikal, Encik Nazli Amirri Bin Ngah, Penolong Kanan Pengarah (Wakaf Dan Sumber Am) dan Encik Mohd Ridzuan Bin Mohamad Selaku Penolong Pengarah (Wakaf). Lawatan kerja yang berlangsung lebih kurang 2 jam ini memfokuskan perkongsian kejayaan MAINPP dalam pembangunan Wakaf Seetee Aisah dan pengurusan serta pelaksanaan Wakaf Tunai di Pulau Pinang ini.Taklimat berkenaan disampaikan oleh Tuan Haji Fakhruddin Bin Abd. Rahman selaku Ketua Bahagian Wakaf. Turut serta dalam sesi taklimat tersebut, Tuan Haji Anuar Bin Ahmad, Ketua Bahagian Pembangunan Dan Pelaburan yang menerangkan dengan terperinci berkaitan pembangunan Wakaf Seetee Aisah.

l1   l2
 l3  l4

 

 

LAWATAN MAHABBAH AJK FATWA NEGERI PERLIS

MAINPP telah menerima kunjungan daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis serta beberapa pegawai dan kakitangan jabatan tersebut. Delegasi lawatan seramai 17 orang ini diketuai oleh Mufti Kerajaan Negeri Perlis, YBhg. Sahibus Samahah Dato' Murshid DiRaja Dr.Juanda Bin Jaya. Lawatan yang berlangsung selama dua jam ini bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan berkaitan bagaimana agihan dan pengurusan zakat di Pulau Pinang diuruskan. Pada sesi tersebut, Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang, Dr.Azman Bin Abdul Samad turut serta dalam menyampaikan taklimat berkaitan zakat.

 

1982036 945645625463513 5393114516738575468 n 10378932 945645702130172 4165689312359569160 n
 10610862 945645612130181 3454065072277082956 n  10641136 945645718796837 632663968067219570 n
 10689850 945645592130183 4815223922803932342 n  10801721 945645468796862 8463834093415718348 n

MAJLIS TANDATANGAN PERJANJIAN PAJAKAN PROJEK PEMBINAAN PANGSAPURI KOS SEDERHANA RENDAH BUTTERWORTH PULAU PINANG

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sekali lagi menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Wakaf Zakat Dan Haji (JAWHAR) dalam menjalankan projek terbaru iaitu Pembinaan Pangsapuri Kos Sederhana Rendah Butterworth.

Majlis Tandatangan Perjanjian yang diadakan di MAINPP ini dihadiri oleh Ketua Pengarah, Jabatan Wakaf Zakat Dan Haji (JAWHAR),Yang Berbahagia Datuk Anan Bin C. Mohd, Pengarah Wakaf, En.  Azlan bin  Abd Majid, dan beberapa pegawai dan kakitangan dari jabatan tersebut.

Manakala MAINPP pula diwakili oleh  Yang Dipertua MAINPP, YB. Dato' Hj. Mohd Salleh Bin Man, Setiausaha MAINPP, YBhg. Dato’ Hj. Sazali Bin Hj.Hussein dan Pengurus Baitulmal MAINPP, Puan Putri Irhanan Binti Sapeli serta dihadiri oleh pegawai-pgawai dan kakitangan MAINPP.

Secara ringkasnya, projek yang bakal dibina di Daerah Seberang Perai Utara , Teluk Air Tawar mengandungi 2 Blok bangunan pangsapuri terdiri 152 unit rumah, dewan serbaguna, ruang kedai, tadika, 272 unit letak kereta berpagar dan pondok pengawal.

Diharapkan dengan terlaksananya projek ini, MAINPP akan dapat membantu menyediakan kemudahan kediaman kepada penduduk Islam yang berpendapatan rendah melalui kaedah sewaan ataupun pajakan. Hal ini sekaligus dapat membantu hasrat Kerajaan Persekutuan dalam usaha menyediakan unit rumah mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah.

DSC 1126 DSC 1127
DSC 1131 DSC 1133
DSC 1153 DSC 1156