PT Sans | Reset
A A

LAWATAN MAHABBAH AJK FATWA NEGERI PERLIS

MAINPP telah menerima kunjungan daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis serta beberapa pegawai dan kakitangan jabatan tersebut. Delegasi lawatan seramai 17 orang ini diketuai oleh Mufti Kerajaan Negeri Perlis, YBhg. Sahibus Samahah Dato' Murshid DiRaja Dr.Juanda Bin Jaya. Lawatan yang berlangsung selama dua jam ini bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan berkaitan bagaimana agihan dan pengurusan zakat di Pulau Pinang diuruskan. Pada sesi tersebut, Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang, Dr.Azman Bin Abdul Samad turut serta dalam menyampaikan taklimat berkaitan zakat.

 

1982036 945645625463513 5393114516738575468 n 10378932 945645702130172 4165689312359569160 n
 10610862 945645612130181 3454065072277082956 n  10641136 945645718796837 632663968067219570 n
 10689850 945645592130183 4815223922803932342 n  10801721 945645468796862 8463834093415718348 n