Projek membina baharu Masjid Jamek Permatang Bogak di atas tanah wakaf milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) lot 3908 & 3909, Mukim 8, SPU, Pulau Pinang telah dilaksanakan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang dengan kos pembinaan berjumlah RM3.25 juta. Pembinaan Fasa1 Masjid Jamek Permatang Bogak telah bermula pada 20 Mac 2018 iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan Fasa 2 pula iaitu kerja2 pembinaan bangunan masjid bermula pada 2 Ogos 2019. Pembinaan Masjid ini telah siap sepenuhnya pada 26 April 2022 dan telah diberi nama Masjid Jamek Tan Sri Dato’ Abdul Aziz Mohamad Zain, Permatang Bogak. Sesi penyerahan telah dihadiri oleh YB. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya, Dato' Haji Samsudin bin Bakar, Setiausaha MAINPP, Dato' Azman bin Ibrahim, Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang, wakil JAIPP dan JK Qaryah Masjid.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|