Kunjungan Delegasi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) hari ini telah dikunjungi oleh delegasi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Delegasi IKIM ini diketuai oleh Dr. Muhammad Hisyam bin Mohamad, Pengarah merangkap Felow Kanan Pusat Pengajian Ekonomi dan Kemasyarakatan dan disertai 3 pegawai.
Disambut mesra oleh YBhg. Dato' Haji Rosidi bin Hussain, Setiausaha MAINPP dan turut serta Tuan Abdul Mohsein bin Mohd. Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif, Wakaf Pulau Pinang bersama-sama pegawai-pegawai kanan dari MAINPP. Kunjungan ini bertujuan untuk mengadakan sesi temubual berkaitan wakaf zurri.