MAINPP baru-baru ini telah dikunjungi oleh Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Y.B Dato' Haji Abdul Malik Bin Abul Kassim. Kedatangan beliau disambut oleh Setiausaha MAINPP, Y. Bhg. Dato' Haji Sazali Bin Haji Hussein dan Pengurus Baitulmal, Encik Nazmi Bin Abd. Shukor serta seluruh warga kerja MAINPP. Lawatan kerja yang berlangsung selama dua jam ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat setiap fungsi bahagian yang terdapat MAINPP.