PT Sans | Reset
A A

Himpunan Iltizam Khaira Ummah 2030 (ILTIZAMKU2030)

Buat julung kalinya pagi tadi telah berlangsung Himpunan Iltizam Khaira Ummah 2030 (ILTIZAMKU2030) yang diadakan di Dataran KITAB, Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB). 
Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Pembuka Majlis yang dipimpin Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd. Noor, Mufti Negeri Pulau Pinang dan diteruskan dengan amanat perdana yang disampaikan oleh YB. Dato' Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Majlis diteruskan dengan Pelancaran Laman Web KU2030 dan Sesi Penyerahan Sumbangan Ihya Ramadan & Kit Promosi Khaira Ummah 2030. Semoga himpunan yang mengumpulkan pimpinan utama agensi Islam Pulau Pinang ini mencapai matlamat demi peneguhan tekad ke arah menjadikan misi Khaira Ummah 2030 sebuah realiti.
 
 702eba55 81b8 46d1 81ea a802ebb5cb10 3412ee44 1717 4834 b77e c17befbc986a 
 98aaa78e f6a4 4ee9 96b1 fe0eccd9f1a5  5b0ae9f8 3746 4e63 b79b ae08cd1910a4
 c9404568 6f7f 4bf8 8e30 b15a3b82a50d  
 40f46f28 ac76 4b3e afcc 4cd0aee3198e  6932afed 13c0 471e ae11 06841f3d5a0b