YBhg. Dato' Haji Samsudin bin Bakar, Setiausaha MAINPP hadir menyempurnakan majlis perasmian penutupan Program Jaulah Merdeka Takmir Pengimarahan Masjid Ride To Khaira Ummah 4.0 Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2023.
Program ini bermula jam 8.45 pagi di perkarangan Masjid Jamek Jelutong dan berakhir jam 3.30 petang di perkarangan Masjid Al-Hidayah, Kuala Muda, Penaga, Seberang Perai Utara.
Dianjurkan JHEAIPP dengan kerjasama MAINPP, program ini melibatkan Guru Takmir, Pegawai Masjid, Kumpulan Bikers dan Anggota Agensi Hal Ehwal Agama Islam serta semua wakil agensi pelaksana yang terdiri dari PDRM, APM, Jabatan Penerangan, RTM, MBPP dan MBSP.
Program ini merupakan acara tahunan yang dilaksanakan mulai tahun 2019 sempena bulan
kebangsaan bagimerancakkan lagi kempen kibarkan jalur gemilang di institusi masjid dan mempromosi takmir pengimarahan masjid secara out door.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |