PT Sans | Reset
A A

Majlis Persaraan Puan Siti Nurbaya binti Osman, Penolong Akauntan Bahagian Kewangan Dan Akaun

YB Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah hadir ke MAINPP bagi menghadiri Majlis Persaraan Puan Siti Nurbaya binti Osman, Penolong Akauntan Bahagian Kewangan Dan Akaun.
 
Kehadiran beliau diraikan oleh YBhg. Dato‘ Haji Rosidi bin Hussain, Setiausaha MAINPP dan pegawai serta kakitangan MAINPP. Turut hadir bersama Tuan Haji Mohammad Fadzil bin Alias, suami kepada Puan Siti Nurbaya binti Osman.
 
Memulakan perkhidmatan sebagai Penolong Akauntan Gred W6 berstatus kontrak pada 1 Ogos 1996, kemudian secara tetap pada 17 Julai 2000 dan dinaikkan pangkat kepada Penolong Akauntan Gred W32 (TETAP) pada 17 Julai 2013. Kini pada 55 tahun beliau akan bersara secara rasminya pada 30 Julai 2024.
 
Terima kasih kepada Puan Siti Nurbaya Osman atas sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di MAINPP. Semoga terus sihat menjalani hari-hari persaraan serta dapat terus beribadah dengan aman dan tenang.
 
453065613 881563793995497 1064446050752019839 n 453101998 881563910662152 3599523020609317763 n
452925796 881564010662142 8428057363601840829 n 452915150 881564163995460 4922108059491789619 n
452918547 881563837328826 3737475723826159560 n 452933086 881564323995444 231672973733700346 n
452921388 881563823995494 7891376692819479923 n 452925986 881563893995487 3009839390464291649 n