Sumbangan Kit Makanan Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 Kepada Kelab Belia Madani
YBhg. Dato' Haji Rosidi bin Hussain, Setiausaha MAINPP telah mewakili YB. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Yang Dipertua MAINPP untuk menyerahkan sebahagian sumbangan kit makanan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 kepada Kelab Belia Madani.
Encik Mohamad Salehan bin Jahaya dan Encik Aiman Syakirin bin Sazali mewakili Kelab Belia Madani telah hadir ke MAINPP untuk menerima sumbangan kit-kit makanan tersebut. Sumbangan-sumbangan tersebut akan diedarkan di sekitar kawasan Seberang Jaya dan Penanti.