PT Sans | Reset
A A

MAJLIS PERPISAHAN PENGURUS BAITULMAL MAINPP

Pengurus Baitulmal MAINPP, En. Nazmi bin Abd. Shukor PTD Gred M48 yang telah dipinjamkan ke MAINPP bermula daripada 29 Mac 2010 sehingga 9 Febuari 2014 telah dinaikkan pangkat dan bertukar ke Biro Pengaduan Awam. Warga kerja MAINPP telah meraikan beliau dalam satu majlis perpisahan pada hari Jumaat yang lalu selepas sesi bacaan Yassin dan tazkirah.

Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd. Salleh Bin Man bersama-sama Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Y.Bhg. Dato’ Haji Sazali Bin Haji Hussein.

Majlis ringkas ini juga turut diselitkan dengan sesi penyerahan cenderamata kenang-kenangan dan sesi bergambar bersama pegawai dan kakitangan MAINPP.  Seluruh warga MAINPP mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya dalam kerjaya beliau di tempat baru.

 

f1   Bersama Kakitangan Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Akaun
 Bersama Kakitangan Bahagian Sumber Am  Bersama Bahagian Wakaf
 Penyampaian Cenderahati  Majlis Perpisahan PBM