Seramai 20 orang pegawai dan kakitangan MAINPP termasuk dua orang warga kerja Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah berkampung selama dua hari di Hotel Heritage, Cameron Highlands bagi menyertai Bengkel Semakan Amalan Terbaik Pengurusan Kewangan MAINPP.
Bengkel ini diadakan ekoran daripada teguran Jabatan Audit Negara berhubung Amalan Terbaik Pengurusan Kewangan MAINPP yang didapati tidak selaras dengan pekeliling-pekeliling berkaitan kewangan yang terkini.
Sesi bengkel dilaksanakan secara perbincangan dalam kumpulan dengan pembahagian kumpulan dan topik-topik mengikut bahagian iaitu Kewangan, Akaun, Wakaf, Sumber Am dan Zakat. Setiap kumpulan telah membentangkan hasil bagi memperolehi pandangan daripada semua peserta.
Hasil semakan dan pindaan Amalan Terbaik Pengurusan Kewangan MAINPP ini akan dibentangkan untuk perakuan mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan, Kewangan Dan Belanjawan MAINPP dan seterusnya kelulusan Mesyuarat MAINPP untuk digunapakai bagi hal berkaitan kewangan.