PROGRAM RETREAT HALA TUJU MAINPP 2014
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menganjurkan satu program yang melibatkan pegawai dan kakitangan bersama-sama dengan Ahli-Ahli MAINPP di Hotel Langkawi Seaview bermula pada 6 April 2014 hingga 8 April 2014. Program yang berlangsung selama tiga hari ini bertujuan untuk mengkaji dan membincangkan hala tuju MAINPP di samping penambahbaikan pengurusan wakaf, masjid dan pendidikan Islam di negeri Pulau Pinang.
Program ini telah membariskan para pembentang kertas kerja profesional yang terdiri daripada Y. Bhg. Tuan Haji Yasim Bin Mohamed Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor, Y. Bhg. Tuan Haji Abdul Razak Bin Hj. Osman, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Y. Bhg. Datuk Dr. Hamzah Bin Kassim, Pengasas merangkap Pengarah Urusan Kumpulan The IA Group dan Y. Bhg. Ustaz Mustapahayudin Bin Abdul Khalim, Penolong Pengarah Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Johor. Tuan Haji Fakhruddin Bin Abd. Rahman, Pegawai Tadbir Bahagian Wakaf, MAINPP turut membentangkan struktur organisasi dan sumber MAINPP serta pembangunan-pembangunan yang berjaya dilaksanakan oleh MAINPP sebagai input kepada para peserta program.
Selain sesi pembentangan, para peserta turut dibahagikan kepada empat kumpulan bagi membincangkan topik-topik yang diberikan iaitu Penambahbaikan Sistem Pendidikan Islam, Memperkasakan Institusi Masjid, Penambahbaikan Pembangunan Organisasi MAINPP dan Penambahbaikan Pengurusan Wakaf dengan dibimbing oleh para pembentang kertas kerja yang dilantik sebagai fasilitator.
Pada hari terakhir program, hasil perbincangan setiap kumpulan dibentangkan dan akan digunakan untuk merangka Pelan Strategik MAINPP 2015-2020.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |